Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Awat-Awat terus alami transformasi
  • SEMASA

Awat-Awat terus alami transformasi

Utusan Sarawak 5 years ago
KESUSAHAN RAKYAT…Awang Tengah menunjukkan kepada Dr. Abdul Latiff keperluan penduduk di Kampung Pemindahan Awat-Awat yang tinggal di rumah PPRT selepas kebakaran besar di Awat-Awat pada 2014 dan 2016.

LAWAS: Perkampungan nelayan di Awat-Awat akan terus mengalami transformasi yang akan mengangkat ekonomi rakyat setempat.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, melalui projek di bawah Agensi Pembangunan Utara Sarawak (NRDA) akan menyaksikan pembinaan laluan konkrit bagi mengantikan laluan titi kayu di sepanjang hadapan kampung berkenaan.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembangunan Bandar & Sumber Asli II dan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri, Terminal Perindustrian & Pembangunan Usahawan, Sarawak menyatakan demikian ketika lawatan kerja ke Awat-Awat bersama Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Malaysia, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad semalam.

Turut sama ialah Timbalan Menteri KPLB Malaysia Dato Henry Sum Agong, Menteri Muda Pemodenan Pertanian,Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Dato Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Dato Norison Ramli, Ketua Pengarah MARA Malaysia, Dato Azhar Abdul Manaf, dan Residen Bahagian Limbang, Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi.

Rombongan turut melihat sendiri keperluan pembinaan titi di Kampung Perpindahan Awat Awat.

KPLB Malaysia telah meluluskan permohonan bernilai RM400,000 yang sesuai dengan aspirasi kerajaan memastikan kesejahteraan penduduk di kawasan terbabit.

KPLB juga meluluskan pembinaan 10 rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dengan kos bina baharu RM600,000 di Lawas.

Awang Tengah juga diberi jaminan oleh pihak KPLB bahawa mereka akan memasukkan keperluan rumah salai dan beberapa kemudahan lain untuk Awat-Awat melalui peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 nanti.

Oleh itu, Abdul Latiff memohon senarai lengkap profil keperluan untuk kampung Awat-awat bagi tujuan berkenaan.

Oleh Adeng Idrus

Continue Reading

Previous: MajKualiti institusi pendidikan terus dipertingkatkan
Next: i-Suri: Sarawak bantu RM60 setahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.