Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Awasi keselamatan, pantau perkembangan semasa
  • WILAYAH

Awasi keselamatan, pantau perkembangan semasa

Utusan Sarawak 2 months ago
UKUR PARAS AIR… Anggota APM meninjau sekitar kediaman yang terjejas ekoran banjir di Kampung Baru Dayak, Jalan Kejatau dan Kampung Sembau, Simanggang hari ini. -Foto APM Sri Aman

SIMANGGANG: Akibat hujan berterusan semalaman, dua kawasan di Kampung Baru Dayak, Jalan Kejatau dan Kampung Sembau telah dinaiki air.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sri Aman, Leftenan Kamal Bujang berkata, permantauan kawasan dinaiki air di Kampung Baru Dayak akibat hujan yang berterusan sejak petang semalam, ditambah lagi air sungai yang mula melimpah mengakibatkan dua rumah penduduk dinaiki air.

“Penduduk yang berada di lokasi kejadian dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan paras sungai atau parit. Lokasi pemantauan dalam keadaan terkawal dan tiada sebarang bencana dan kecemasan berlaku,” katanya.

Hasil pemantauan di Kampung Sembau mendapati punca banjir berlaku disebabkan sistem perparitan yang telah tersumbat.

“Anggota APM mengingatkan penduduk supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati serta peka terhadap keadaan cuaca yang tidak menentu masa kini,” ujarnya.

OLEH ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: ADUN Engkilili, JKR bakal adakan perbincangan
Next: Masjid Darussalam terima van jenazah baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.