Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Atur perbelanjaan sejumlah RM13 billion dalam 100 hari
  • BISNES

Atur perbelanjaan sejumlah RM13 billion dalam 100 hari

Utusan Sarawak 5 years ago

PUTRAJAYA, 17 Jun -- Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menunjukkan poster infografik 100 Hari Pencapaian Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) di MEDAC hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA PUTRAJAYA, June 17 -- The Entrepreneur Development and Cooperatives Minister Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar showing the Ministry of Entrepreneur Development and Cooperatives (MEDAC) 100-day infographic poster at MEDAC today. --fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

INFOGRAFIK 100 HARI PENCAPAIAN… Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menunjukkan poster infografi k 100 Hari Pencapaian Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) diMEDACsemalam. • Foto BERNAMA

KUCHING: Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MEDAC) berjaya merancang 91 inisiatif dan mengatur perbelanjaan sejumlah RM13 Billion dalam 100 hari pentadbiran di bawah Kerajaan Pakatan Nasional (PN).

Menterinya, Datuk Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, demikian dalam catatan di Facebooknya sempena 100 hari genap beliau menjawat jawatan tersebut pada Rabu.

“100 hari yang getir, 17 Jun 2020 genap 100 hari saya sebagai Menteri di MEDAC dan saya berjanji akan terus berusaha memastikan segala perancangan yang dirancang akan terus dinikmati oleh usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Micro yang terjejas akibat bencana Covid-19,” katanya.

Ujarnya, semua usaha tersebut berjaya dilaksanakan dengan bantuan kepimpinan kanan MEDAC yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Dato’ Sri Mohammed serta dibantu oleh dua orang Timbalan Ketua Setiausaha disamping barisan pegawai di MEDAC.

“Suatu yang luar biasa, pasukan kementerian yang baru dibentuk ini berjaya melaksanakan pelbagai pelan rangsangan ekonomi dalam membantu usahawan yang terjejas teruk akibat penularan Covid-19.

“Hari ini juga julung kali saya mempengerusikan Mesyuarat Pasca Kabinet di Kementerian ini yang dihadiri semua wakil Bahagian dan Jabatan di MEDAC.

“Untuk makluman semua, sejak diawal perlantikan saya sebagai Menteri MEDAC dan tidak lama selepas itu negara kita di landa wabak Covid-19, maka saya hanya membenarkan ‘Top 6’ (bersama Timbalan Menteri dan enam orang pegawai kanan atasan MEDAC) sahaja yang hadir bermesyuarat selepas Mesyuarat Jemaah Menteri,” jelasnya.

Beliau berkata ia bukan mudah bagi sebuah kerajaan yang baru dibentuk untuk muncul dengan pelan pembangunan ekonomi keusahawanan yang mampan dan mampu menyuntik kelegaan bagi sebahagian usahawan yang menerima impak terus dari bencana wabak Covid-19.

“Kita perlu pastikan ekonomi negara terus mengalami pertumbuhan memberangsangkan biarpun berdepan dengan pelbagai cabaran,” tambahnya.

Oleh Zarina Abdullah

Continue Reading

Previous: Industri hotel hadapi tempoh pemulihan
Next: RM132.41 bilion disalurkan kepada pengurus portfolio luaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.