Atlet wanita Brunei raih emas Kejohanan Wusyu di China

Facebook
WhatsApp
BASMA Lachkar semasa meraih kejayaan di atas podium selepas mengutip pingat emas di Kejohanan Wushu Universiti 2024.

BANDAR SERI BEGAWAN: Atlet Brunei, Basma Lachkar berjaya meraih pingat emas dalam Kejohanan Wusyu Universiti Asia 2024 di Harbin, China, semalam.

Lachkar mencatat 9.510 mata untuk merangkul emas dalam acara Taijijian wanita, mengalahkan Hibiki Isono dari Jepun dan Chen Yuxing dari China yang masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga, lapor Xinhua yang memetik akhbar harian tempatan Brunei, Borneo Bulletin.

Pasukan Brunei menghantar dua atlet yang diketuai jurulatih Zhao Chunjie ke kejohanan yang diadakan di Harbin, Wilayah Heilongjiang, utara China. – Bernama – Xinhua

Nova tinggalkan BAM, kembali ke Indonesia

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto akan menamatkan perkhidmatannya dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) penghujung bulan ini dan