
ROM: Sebuah asteroid di angkasa dinamakan sempena nama bekas paus Leo, Leo XIII, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Batu itu mengorbit matahari di bawah nama baharu (858334) Gioacchinopecci, menurut Vatican semalam, sempena Gioacchino Pecci yang merupakan paus Leo XIII (1810–1903).
Paus warga Itali itu menulis ensiklik sosial pertama Gereja Roman Katolik – surat bimbingan paus yang dihantar kepada semua uskup – dan masih dikenali sebagai ‘Paus Pekerja.’
Beliau juga dirujuk sedemikian oleh Paus Leo XIV semasa, Robert Francis Prevost, yang telah memegang jawatan itu selama setahun.
Legasi Leo XIII termasuk Balai Cerap Vatican yang diasaskan beliau.
Gambar-gambar dari awal abad ke-20 menunjukkan kubah teleskop balai cerap di dinding Negara Paus.
Ini bukan pertama kali asteroid dinamakan sempena nama paus.
Planet kecil (8661) Ratzinger dinamakan sempena paus Jerman, Benedict XVI (1927–2022).
Terdapat juga asteroid yang dinamakan sempena paus Gregory XIII (1502–1585), yang mencipta kalendar Gregory. – Bernama