Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Asia tersungkur, jurang besar dengan negara lain pada Piala Dunia 2026
  • SUKAN

Asia tersungkur, jurang besar dengan negara lain pada Piala Dunia 2026

Utusan Sarawak 4 hours ago
PEMAIN Jepun meraikan kejayaan bersama penyokong mereka selepas memastikan tempat ke pusingan kalah mati, sekali gus menjadi antara dua wakil Asia yang masih meneruskan cabaran di Piala Dunia 2026. Foto AFP

ARLINGTON: Jurang besar antara pasukan terbaik Asia dan negara lain terserlah pada Piala Dunia 2026 apabila hanya dua wakil Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berjaya mara ke pusingan kalah mati.

Buat pertama kali, sembilan negara Asia layak ke pusingan akhir selepas Piala Dunia diperluaskan kepada 48 pasukan, namun selepas tamat saingan peringkat kumpulan, hanya Jepun dan Australia masih meneruskan perjuangan.

Daripada 27 perlawanan yang diharungi wakil Asia, mereka hanya mencatat tiga kemenangan.

Sebaliknya, bola sepak Afrika mencipta kejayaan besar apabila sembilan daripada 10 wakil mereka mara ke kelompok 32 terbaik.

Jurulatih Uzbekistan, Fabio Cannavaro mengakui bola sepak Asia secara keseluruhannya masih perlu dipertingkatkan.

“Kita perlu memperbaiki bola sepak Asia, bukan hanya Uzbekistan,” katanya.

Uzbekistan yang membuat penampilan sulung di Piala Dunia menamatkan saingan di tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata dan dibolosi sembilan gol.

Mereka tewas dalam ketiga-tiga perlawanan termasuk dibelasah Portugal 0-5 yang dipimpin bintang veteran, Cristiano Ronaldo.

Cannavaro yang pernah mengendalikan kelab dan skuad kebangsaan China berkata hanya Jepun, Australia dan mungkin Iran yang berada pada tahap lebih baik berbanding negara Asia lain.

PEMAIN pertahanan Korea Selatan, Seol Young-woo. Foto AFP

Jordan, Iraq, Arab Saudi dan juara Asia, Qatar turut menamatkan saingan di tangga terakhir kumpulan masing-masing.

Iran pula berdepan gangguan isu perang dan politik, manakala Korea Selatan mencipta kejutan negatif apabila tersingkir awal.

Kegagalan itu menyebabkan jurulatih Korea Selatan, Hong Myung-bo meletakkan jawatan.

Jepun yang dianggap calon kejutan untuk mara jauh akan berdepan Brazil di Houston, manakala Australia menentang Mesir di Arlington, Texas pada 3 Julai.

Presiden AFC, Sheikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa mengakui prestasi pasukan Asia tidak memenuhi harapan.

“Hanya dua wakil mara menunjukkan tahap persaingan dunia yang amat tinggi.

“Ia membuktikan walaupun pasukan kita semakin meningkat dan menunjukkan semangat juang tinggi, jurang dengan pasukan elit dunia masih wujud,” katanya.

Harapan terakhir

Pada Piala Dunia 2022 di Qatar, Australia, Jepun dan Korea Selatan berjaya mara ke pusingan kalah mati.

Namun tiada pasukan Asia pernah memenangi Piala Dunia, dengan pencapaian terbaik kekal milik Korea Selatan yang mara ke separuh akhir pada 2002.

Jordan yang membuat penampilan sulung di Piala Dunia tewas dalam ketiga-tiga perlawanan termasuk kekalahan 1-3 kepada Argentina.

Mereka turut kehilangan penyerang utama, Yazan Al-Naimat akibat kecederaan, manakala penjaga gol Yazeed Abulaila melakukan beberapa kesilapan yang membawa padah.

Jurulatih Jordan, Jamal Sellami berkata pengalaman di Piala Dunia akan membantu pasukannya menjelang Piala Asia tahun depan.

Beliau turut menegaskan lebih ramai pemain Asia perlu beraksi di Eropah jika mahu meningkatkan tahap bola sepak rantau ini.

JURULATIH Uzbekistan, Fabio Cannavaro. Foto AFP

“Pemain Afrika beraksi dalam liga utama Eropah. Itu yang membezakan mereka.

“Jika Jordan mahu mencapai keputusan lebih baik, pemain perlu beraksi dalam liga yang lebih kompetitif,” katanya.

Belanja besar, hasil kecil

Arab Saudi yang bakal menjadi tuan rumah Piala Asia 2027 dan Piala Dunia 2034 sudah membelanjakan dana besar untuk memajukan bola sepak negara itu.

Mereka membawa masuk Ronaldo dan beberapa bintang dunia dengan gaji lumayan, namun pelaburan itu gagal diterjemahkan kepada kejayaan di Piala Dunia.

Arab Saudi sekadar seri tanpa jaringan dengan Cape Verde dalam aksi yang wajib dimenangi.

Pengkritik berpendapat kehadiran ramai pemain import mengehadkan peluang pemain tempatan untuk beraksi.

Cannavaro pula berharap pengalaman pahit di Piala Dunia tidak mematahkan semangat Uzbekistan.

“Saya di sini untuk membantu pemain berkembang dan memastikan Uzbekistan bersedia untuk Piala Dunia akan datang.

“Ia memerlukan masa dan perkara paling penting ialah bola sepak Uzbekistan tidak boleh berputus asa,” katanya. – AFP

Continue Reading

Previous: Gol demi gol warnai Piala Dunia dengan banyak pecah rekod
Next: Marsch puji wira Kanada selepas cipta sejarah mara ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.