Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • AS rekod lebih 1,600 kematian akibat selesema – CDC
  • GLOBAL

AS rekod lebih 1,600 kematian akibat selesema – CDC

Utusan Sarawak 1 year ago
MENURUT anggaran terkini CDC, sekurang-kurangnya 2.6 juta kes membabitkan selesema, dengan 26,000 individu dimasukkan ke hospital dan 1,600 kematian.

LOS ANGELES: Amerika Syarikat mencatatkan sekurang-kurangnya 2.6 juta kes membabitkan selesema, dengan 26,000 individu dimasukkan ke hospital dan 1,600 kematian, menurut anggaran terkini Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC).

Influenza bermusim terus meningkat di kebanyakan kawasan dengan bahagian tenggara dan selatan-tengah mencatatkan kes tertinggi, menurut kajian mingguan CDC.

Sementara itu, angka kemasukan ke hospital setiap minggu terus meningkat, lapor Xinhua.

Sebanyak empat kematian berkaitan influenza melibatkan kanak-kanak dilaporkan pada minggu yang berakhir pada 2 Disember, menjadikan angka kematian membabitkan golongan itu mencecah 12 pada musim 2023 hingga 2024.

CDC mengesyorkan agar kanak-kanak berumur enam bulan ke atas mendapat suntikan vaksin influenza setiap tahun. – Bernama – Xinhua

Continue Reading

Previous: Donald Tusk dipilih sebagai Perdana Menteri Poland
Next: Perhimpunan Agung PBB lulus draf resolusi tuntut gencatan senjata kemanusiaan di Gaza

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.