Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM musnahkan lebah bersarang di dahan pokok
  • Tengah
  • WILAYAH

APM musnahkan lebah bersarang di dahan pokok

Utusan Sarawak 7 months ago
FOKUS… Petugas APM sedang membakar sarang lebah madu sebesar tong gas pada dahan pokok berdekatan stesen bas lama Bandar Betong, petang semalam.

BETONG: Kehadiran sarang lebah madu pada dahan pokok berdekatan stesen bas lama dekat sini telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan penduduk yang sering bertandang di situ selama ini.

Penduduk risau bahawa kehadiran sarang lebah madu berkenaan boleh menimbulkan ancaman keselamatan terhadap diri mereka jika sarang serangga tersebut diganggu secara tidak sengaja.

Justeru, orang ramai telah pun bertindak memohon pertolongan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Betong bagi memusnahkan sarang serangga berbisa berkenaan sebelum situasi menjadi lebih buruk.

“Keluarga berkenaan telah bertindak melaporkan kehadiran sarang lebah tersebut pada dahan pokok berdekatan stesen bas lama berkenaan kepada pihak kami (APM Daerah Betong), petang semalam.

“Bagaimanapun, pihak kami terpaksa menunggu keadaan cuaca lebih gelap untuk memulakan kerja memusnahkan sarang lebah itu atas alasan keselamatan mereka dan jiran tetangga,” kata pegawainya, Kapten (PA) Siti Huzaimah Ibrahim.

Setelah memakai peralatan perlindungan diri (PPE), para petugas kata beliau telah bertindak memusnahkan sarang lebah pada dahan pokok itu melalui kaedah pembakaran sehingga ia selesai kira-kira 10 minit kemudian.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak sesekali memusnahkan sarang serangga berbisa seperti lebah dan tebuan tanah jika mereka tidak memiliki kemahiran serta kelengkapan pelindungan diri yang cukup bagi tujuan itu,” kata beliau.

Penduduk Betong kata Siti dinasihat agar lebih peka terhadap persekitaran masing-masing dan segera menghubungi pihaknya di talian 083-473006 jika mahu memohon pertolongan menangani kes kecemasan di kawasan mereka.

Oleh Valentine Ngumbang

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penghuni terkejut ular tedung selar ‘tumpang’ dalam almari  
Next: Beberapa bahagian Jalan Chiu Kung perlu penyelenggaraan segera – Soon Koh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.