Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • APM bantu penunggang basikal
  • TEMPATAN

APM bantu penunggang basikal

Utusan Sarawak 5 years ago
BANTU… Petugas APM Daerah Sri Aman memberi bantuan perubatan awal kepada seorang lelaki yang mengalami kema- langan kecil ketika berbasikal di kawasan Bandar Simanggang lewat petang Isnin lepas.

SIMANGGANG: Nasib malang menimpa seorang lelaki apabila basikal yang ditunggangnya terbabit dalam satu kemalangan kecil di kawasan Bukit Penyauk berdekatan bandar ini lewat petang semalam.

Justeru, sekumpulan petugas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sri Aman dikejarkan ke lokasi tersebut bagi memberi bantuan perubatan awal kepada mangsa berkenaan.

“Sebelum berlaku kejadian tersebut, mangsa bersama beberapa orang telah melakukan aktiviti berbasikal dari Bandar Simanggang ini menuju ke kawasan Bukit Penyauk sekitar 6.00 petang.

“Bagaimanapun, basikal yang ditunggang oleh mangsa telah mengalami hilang kawalan di Bukit Penyauk sebelum dia terbabas dan mengalami luka pada bahagian kepala, kedua-dua tangan dan juga lutut,” kata pegawainya Kapten (PA) Siti Huzaimah Ibrahim.

Rakan-rakan mangsa kata beliau, bertindak menghubungi pihaknya pada 6.08 petang dengan lelaki tersebut segera dihantar ke wad kecemasan hospital di sini sebaik sahaja selesai memberi bantuan perubatan awal berkenaan.

“Semua petugas bergerak pulang ke bilik operasi di sini untuk menunggu panggilan kecemasan yang seterusnya setelah berpuas hati melihat lelaki tersebut menerima rawatan lanjut daripada pihak perubatan di hospital.

“Saya mohon kepada semua penduduk untuk berhati-hati ketika bersukan. Jika berlaku sebarang kecemasan maka sila hubungi kami di talian 083320973 untuk tujuan tindakan segera daripada pihak APM di sini,” kata Siti.

Continue Reading

Previous: Lelaki sesat ditemui selamat
Next: UNIMAS sumbang 10 beg jenazah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.