Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM bantu hantar warga emas hampir putus kaki ke hospital
  • Tengah
  • WILAYAH

APM bantu hantar warga emas hampir putus kaki ke hospital

Utusan Sarawak 4 months ago

BINTANGOR: Seorang lelaki warga emas hampir terputus kaki kanan dan luka terbuka di bahagian tangan kanan setelah motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Jalan Skim B, tengah hari tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Leftenan (PA) Shahrol Azizi Zaidi berkata, kemalangan jalan raya tersebut melibatkan sebuah motosikal dan kereta.

“Pihak kami menerima panggilan kecemasan sekitar 12.17 tengah hari tadi.

“Respons dengan panggilan kecemasan, tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarikei bergegas ke lokasi kemalangan.

“Setibanya di lokasi, didapati seorang lelaki warga emas hampir terputus kaki kanan dan luka terbuka di bahagian tangan kanan akibat kemalangan tersebut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambahnya, mangsa dihantar ke hospital oleh APM Sarikei untuk rawatan selanjutnya.

“Mangsa berumur lingkungan 60-an dan tiada pengenalan diri.

“Difahamkan, semasa kemalangan tersebut, mangsa mungkin hendak ke kebun.

“Khidmat khas menghantar mangsa ke hospital selesai sepenuhnya pada 12.55 tengah hari,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lebih 900 ibu bapa, penjaga pelajar SMK Lawas tampil terima BPA hari ini
Next: Kurang 19 minit, bomba atasi pokok rambutan tumbang halang jalan raya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.