Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM bantu bawa pesakit guna perahu 
  • Utara
  • WILAYAH

APM bantu bawa pesakit guna perahu 

Utusan Sarawak 6 months ago

BANTUAN SEGERA…Anggota APM menghantar pesakit ke Hospital Limbang sebaik tiba di jeti perahu Kastam Limbang.  

LIMBANG: Sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) terpaksa menggunakan perahu untuk menghantar seorang pesakit lelaki mendapatkan rawatan ke hospital Limbang hari ini.

Pesakit kemudian dihantar ke hospital sebaik tiba di jeti perahu Kastam Limbang dari Kampung Seberang Kedai.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Kapten (PA) Bonnie Madisun berkata sepasukan anggotanya diketuai Lan Koperal (PA) Amirul Matusin bergegas ke lokasi Kampung Seberang Kedai menggunakan perahu sebaik menerima panggilan kecemasan jam 11.35 pagi tadi.

“Sebaik tiba dilokasi, kita berjumpa dengan pengadu lelaki dewasa dan memaklumkan mangsa mengalami bengkak kaki kiri dan kanan, tidak dapat berjalan. 

“Pasukan kita membuat pemeriksaan dan mendapati mangsa dalam keadaan sedar namun tidak dapat berjalan dan menghantar mangsa ke hospital untuk rawatan selanjutnya,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Continue Reading

Previous: Operasi mencari warga emas hilang di kebun sejak semalam
Next: 66 bomba cilik perluas elemen keselamatan, air  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.