Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Apa status Klinik Kesihatan Semop?
  • TEMPATAN

Apa status Klinik Kesihatan Semop?

Utusan Sarawak 3 months ago
Yusuf ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini. Gambar kanan, keadaan bangunan Klinik Kesihatan Semop ketika dalam pembinaan. 

KUALA LUMPUR: Isu mengenai status Klinik Kesihatan Semop di kawasan Pulau Bruit terus menjadi tanda tanya.

Isu ini turut disuarakan oleh Ahli Parlimen Tanjung Manis, Yusuf Abdul Wahab di Dewan Rakyat hari ini.

“Saya ingin bertanya Kementerian Kesihatan (KKM) bilakah Klinik Kesihatan Semop akan beroperasi.

“Ini kerana ia sepatutnya sudah dimaklumkan akan beroperasi pada hujung tahun lepas,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Klinik Kesihatan di Kampung Semop ini adalah Jenis 6, asalnya dijadualkan siap 30 September 2023 dengan kemudahan satu blok bangunan klinik dan dua blok kuarters berek bagi kemudahan kepada petugas kesihatan di klinik tersebut.

Klinik kesihatan ini juga bakal menyediakan perkhidmatan kesihatan dan perubatan seperti farmasi, makmal mini dan Jabatan Pesakit Luar selain mempunyai kelengkapan seperti ‘pump house’ dan ‘genset house’ bagi memastikan klinik tersebut sentiasa mempunyai bekalan air dan elektrik yang mencukupi.

Sebelum ini, sudah ada klinik kesihatan di Kampung Bruit, Tekajong dan Betanak, namun klinik kesihatan baharu di Semop adalah yang terbesar.

Tinjauan Utusan Sarawak baru-baru ini mendapati bangunan Klinik Kesihatan Semop sudah siap tetapi belum beroperasi.

Continue Reading

Previous: RWE 2025 platform terbaik bakal pengantin
Next: Bayar zakat fitrah melalui kod QR di Bahagian Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.