- Menjelang Konvensyen PBB Ke -16

“PEMILIHAN jawatan dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) seperti Naib Presiden dan ahli Majlis Tertinggi (MT) adalah proses biasa yang dilakukan menjelang setiap Perhimpunan Agung PBB. Ia dijalankan secara demokratik dan penuh dengan suasana kekeluargaan. Dalam apa-apa kapasiti yang ada, kita sebagai ahli yang setia kepada PBB akan sentiasa berusaha untuk memperkasakan dan memertabatkan parti. Saya bersama rakan-rakan akan mempertingkatkan daya usaha bagi meneruskan kesinambungan perjuangan PBB. Ini adalah pertandingan yang kedua bagi saya. Yang pertama pada Februari 2018. Tiada pertandingan pada Jun 2022.”
– DATUK Dr. Abdul Rahman Junaidi

“SAYA sedia memberi khidmat bakti kepada seluruh rakyat Sarawak menerusi PBB sebagai satu suara khususnya untuk di luar bandar dalam ahli majlis kerja tertinggi (MT). Malah, PBB mampu menjadi wadah penyatuan rakyat Sarawak dengan cemerlang sekali gus meneruskan pembangunan yang mampan di seluruh negeri. Kesinambungan pimpinan parti amat penting untuk PBB sebagai sebagai platform yang mampu mengukuhkan perpaduan yang berterusan di dalam parti. Gabungan kepimpinan muda bersama yang berpengalaman adalah penting untuk menguatkan PBB sebagai wadah perjuangan rakyat khususnya mempertahankan hak Sarawak di dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Semoga perwakilan PBB seluruh Sarawak memberi peluang kepada saya sebagai MT PBB kali ini.”
– Datuk Mohamad Razi Sitam

“KALI ini saya masih ingin mempertahankan sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) bagi sayap Bumiputera. Amat penting bagi saya meneruskan perjuangan, mendengar suara akar umbi serta menyuarakan dan mengangkat ke tahap yang lebih tinggi. Justeru, marilah kita bersama-sama menyokong kepimpinan sedia ada diketuai Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang juga Presiden PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas selaku Timbalan Presiden PBB di samping Naib Presiden Kanan yang lain. Oleh demikian, adalah menjadi harapan kita agar pemimpin-pemimpin pelapis gabungan daripada Sayap Pesaka dan Bumiputera akan terus mantap dan mengekalkan tradisi parti yang menjadi tunjang dan tulang belakang yang terus kukuh dalam kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).”
– AWANGKU Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa
Oleh Mahdar Bujang