Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ancaman bom dalam Air India, Singapura kerah jet pejuang
  • GLOBAL

Ancaman bom dalam Air India, Singapura kerah jet pejuang

Utusan Sarawak 7 months ago

Dua jet pejuang F-15SG mengiringi pesawat Air India Express menjauhi kawasan yang berpenduduk dan ia mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Changi Singapura. (Gambar Facebook)

SINGAPURA: Singapura mengerahkan dua jet pejuang F-15SG selepas Air India Express menerima e-mel yang menyatakan terdapat bom di dalam pesawat penerbangan AXB684 yang menuju ke Singapura.

Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, berkata jet pejuang Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) mengiringi pesawat itu menjauhi kawasan berpenduduk dan ia mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Changi Singapura pada jam 10.04 Selasa malam.

“Sistem Pertahanan Udara Berasaskan Darat (GBAD) dan Pasukan Pelupusan Ordnans Letupan (EOD) kami turut diaktifkan. Sebaik sahaja di darat, pesawat itu diserahkan kepada polis lapangan terbang.

“Terima kasih kepada dedikasi dan profesionalisme SAF dan Home Team yang memastikan kami selamat, walaupun ancaman wujud di sekeliling kami,” katanya dalam satu hantaran di X selain mengesahkan siasatan sedang dijalankan. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: Indonesia sekat aplikasi e-dagang TEMU kerana pelanggaran peraturan
Next: Potret ‘karya’ robot AI bakal dijual dengan harga lebih RM558,610

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.