Anak buaya terperangkap dalam parit berjaya ditangkap bomba di Kidurong

Facebook
WhatsApp
SEEKOR anak buaya ditemui terperangkap di dalam parit di RPR Kidurong Fasa 2, Bintulu malam tadi. Foto BBP Kidurong

BINTULU: Seekor anak buaya yang ditemui terperangkap di dalam parit di kawasan RPR Kidurong Fasa 2 berjaya ditangkap oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong, Rary Binjie berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.30 malam sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi.

Setibanya di lokasi, pasukan mendapati seekor anak buaya yang terperangkap di dalam parit seperti yang dilaporkan oleh pemanggil.

ANGGOTA BBP Kidurong menggunakan peralatan khas berupa tali penjerut bagi menangkap seekor anak buaya yang ditemui terperangkap di dalam parit di RPR Kidurong Fasa 2, Bintulu. Foto BBP Kidurong

“Anggota seterusnya menggunakan peralatan khas berupa tali penjerut untuk mengawal dan mengikat bahagian mulut anak buaya tersebut.

“Reptilia itu berjaya ditangkap dengan selamat sebelum diserahkan kepada Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) untuk tindakan lanjut,” katanya

Operasi dilaporkan terkawal pada 10.03 malam dan ditamatkan sepenuhnya pada 10.10 malam tanpa melibatkan sebarang kecederaan atau mangsa.

OPERASI menangkap seekor anak buaya yang terperangkap di dalam parit di RPR Kidurong Fasa 2 oleh anggota BBP Kidurong berjaya diselesaikan tanpa sebarang insiden sebelum reptilia itu diserahkan kepada SFC. Foto BBP Kidurong

Difahamkan, wakil SFC turut berada di lokasi bagi menerima anak buaya berkenaan selepas operasi selesai.

Oleh Carolyne Utih

Juanda santuni warga emas uzur di Igan

IGAN: Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya menyantuni enam warga emas yang uzur