Lelaki ditahan kerana disyaki menyamar sebagai anggota polis dan terlibat dalam kes pemerasan

Facebook
WhatsApp
DITAHAN.....Suspek menyamar sebagai anggota polis ditahan di Jalan Kampung Nyabor kira-kira 8.00 pagi tadi.

SIBU, 5 November: Seorang lelaki warga tempatan ditahan polis pagi tadi kerana disyaki menyamar sebagai anggota polis dan terlibat dalam kes pemerasan.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata suspek, 32, ditahan kira-kira 8.00 pagi di Jalan Kampung Nyabor susulan laporan polis yang diterima semalam.

“Suspek ditahan hasil siasatan lanjut dan tindakan pantas pihak polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 385 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap individu yang mengaku sebagai anggota polis atau pegawai penguat kuasa bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah.

Katanya, orang ramai yang berdepan situasi mencurigakan perlu mendapatkan pengesahan identiti individu terbabit melalui saluran rasmi polis.

Oleh Akun Giman