Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Anak-anak Sarawak di Limbang perlu kuasai STEM elak tertinggal ilmu teknologi baharu
  • Utara
  • WILAYAH

Anak-anak Sarawak di Limbang perlu kuasai STEM elak tertinggal ilmu teknologi baharu

Utusan Sarawak 6 months ago
KUASAI STEM… Hasbi memeriahkan Hari Kokurikulum dan Jualan Amal PIBG, SMK Agama Limbang. 

LIMBANG: Anak-anak Sarawak termasuk di Limbang perlu menguasai modul pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)  agar tidak ketinggalan dalam menguasai ilmu berasaskan teknologi baharu.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata, penguasaaan STEM sehingga ke peringkat kemahiran tertinggi dapat memenuhi keperluan industri dan pasaran terkini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Limbang menjelaskan Sarawak mahu lebih ramai anak-anak tempatan menguasai kemahiran STEM dalam melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang berkenaan.

“Di Sarawak kita sedang memperkasakan bidang  STEM untuk memenuhi pasaran kerja dan saya berharap anak- anak tempatan untuk  menguasai kemahiran itu selain mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan utama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Hari Kokurikulum dan Jualan Amal Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Limbang, baru-baru ini.

Turut bersama ialah Pengetua SMK Agama Limbang Rusli Che Mood.

Katanya lagi, anak-anak tempatan perlu menguasai segala kemahiran yang dperlukan untuk mengisi peluang pekerjaan yang ditawarkan di Sarawak dari aspek kemahiran dan teknologi terkini.

Pada masa sama, katanya, ibu bapa memain peranan penting dalam mendidik anak-anak mereka berjaya dalam pelbagai bidang selain bidang keagamaan dengan mengalakkan mereka memasuki SMK Agama Limbang.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM tangkap kera liar agresif risaukan pemilik
Next: Penduduk perlu kemas kini perundangan berkaitan lintas sempadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.