Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Amal gaya hidup sihat untuk kurangkan risiko diabetes
  • Tengah
  • WILAYAH

Amal gaya hidup sihat untuk kurangkan risiko diabetes

Utusan Sarawak 6 months ago
PERASMIAN… Alice Lau Kiong Yieng menyempurnakan majlis perasmian Hari Diabetes Sedunia 2024 di Taman Tasik Permai, hari ini.

SIBU: Orang ramai digesa agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat untuk mengurangkan risiko diabetes yang kini berada tahap membimbangkan.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng berkata, menguruskan diabetes bukan hanya tentang ubat, tetapi mengekalkan amalan sihat yang akan membantu meningkatkan kualiti hidup.

“Pemakanan yang sihat, senaman yang kerap, pengurusan tekanan dan pemeriksaan perubatan yang kerap semuanya memainkan peranan.

LAWATAN… Alice Lau Kiong Yieng ketika melawat reruai pameran.

“Marilah kita bekerjasama untuk menggalakkan kesedaran diabetes dan kesihatan jantung,” katanya semasa berucap merasmikan Hari Diabetes Sedunia 2024 di Taman Tasik Permai, hari ini.

Lau yang juga Ahli Parlimen Lanang berkata, diabetes bukan hanya satu keadaan menjejaskan gula dalam darah, ia juga menjejaskan jantung, buah pinggang, penglihatan, saraf dan banyak bahagian badan.

“Di Malaysia hampir 1 dalam 5 orang menghidap diabetes dan jumlah ini meningkat dengan hampir separuh daripada individu ini tidak menyedari bahawa mereka menghidap diabetes.

“Bagi menyemai gaya hidup sihat, Dewan Rakyat melancarkan inisiatif Hari Tanpa Gula pada setiap Rabu,” ujarnya.

Katanya, penyakit jantung adalah punca utama kematian bagi mereka yang menghidap diabetes.

“Ini bukan sekadar statistik, ini adalah seruan untuk bertindak kepada kami.

“Ini adalah panggilan untuk meningkatkan kesedaran, menggalakkan pencegahan, menyediakan pemeriksaan awal dan sokongan untuk mereka yang sudah menghidap diabetes,” kata beliau.

Turut hadir, Pengarah Hospital Sibu Dr Nanthakumar Thirunavukkarasu.
Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: DUN: ADUN Kabong bawa isu projek Pemulihan Koridor Sungai Seblak ke Dewan
Next: Jangan biarkan anjing peliharaan berkeliaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.