al-Quran perlu jadi pegangan hidup generasi muda – Rosey

Facebook
WhatsApp
PERSEMBAHAN... Sebahagian daripada murid Tahun Enam yang berjaya menyempurnakan bacaan 30 juzuk al-Quran pada Majlis Khatam al-Quran Perdana dan Apresiasi Pendidikan Islam Peringkat Daerah Subis Tahun 2026 di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sibuti, hari ini.

BEKENU, 21 November: Anak-anak perlu dididik supaya bukan sahaja cemerlang dalam ilmu pengetahuan dan kemahiran, malah membesar dengan kecintaan terhadap al-Quran serta memiliki akhlak yang mulia.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus berkata, dalam dunia yang semakin maju dan sarat dengan pelbagai cabaran, al-Quran perlu terus dijadikan pegangan hidup generasi muda.

Menurutnya, al-Quran bukan sekadar untuk dibaca, tetapi perlu dihayati dan diamalkan sebagai sumber ketenangan, panduan serta benteng dalam menghadapi kehidupan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Khatam al-Quran Perdana dan Apresiasi Pendidikan Islam Peringkat Daerah Subis Tahun 2026 di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sibuti di sini hari ini.

TERPEGUN… Datuk Rosey Yunus terpegun menyaksikan persembahan anak-anak yang diraikan pada Majlis Khatam al-Quran Perdana dan Apresiasi Pendidikan Islam Peringkat Daerah Subis Tahun 2026 di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sibuti, hari ini.

Rosey selaku penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu turut mengucapkan tahniah kepada semua anak yang diraikan, khususnya murid Tahun Enam yang berjaya menyempurnakan bacaan 30 juzuk al-Quran pada tahun ini.

Katanya, kejayaan mengkhatamkan al-Quran bukan sekadar pencapaian yang diraikan dalam majlis berkenaan, sebaliknya merupakan satu nikmat besar dalam perjalanan hidup seorang Muslim.

“Sesungguhnya, khatam al-Quran merupakan permulaan kepada sebuah perjalanan yang lebih bermakna.

“Jadikanlah ia teman yang sentiasa dibaca, panduan yang sentiasa diikuti dan cahaya yang menerangi setiap langkah kehidupan,” katanya.

Justeru itu, diharapkan kejayaan murid yang diraikan menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak-anak di daerah Subis untuk terus mendampingi al-Quran sepanjang hayat.

Oleh Adum Liu

Lau santuni 13 keluarga di Paradom

SIBU, 21 November: Keprihatinan terhadap kebajikan jiran dan anggota masyarakat yang memerlukan bantuan mencerminkan semangat perpaduan serta sikap saling mengambil