Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Akses Jalan raya Limbang bakal lengkap 2023
  • TEMPATAN

Akses Jalan raya Limbang bakal lengkap 2023

Utusan Sarawak 3 years ago

BERSAMA SABERKAS… Dr. Abdul Rahman bersama SABERKAS Bukit Kota memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan di Kampung Gadong Limbang.

LIMBANG: Menjelang 2030, Bahagian Limbang bakal mempunyai rangkaian dan akses jalan raya lengkap yang dilaksanakan di bawah Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail memberitahu sejumlah RM7 bilion diperuntuk Kerajaan Persekutuan untuk membina Rangkaian Jalan Raya Sarawak Sabah (SSLR) yang dinanti rakyat di utara Sarawak menghubungkan Lawas, Limbang ke Miri tanpa melalui negara jiran Brunei Darussalam.

“Kita berterima kasih kepada Kerajaan Negeri dan Persekutuan kerana meluluskan tiga projek rangkaian jalan raya untuk menghubungkan Limbang dengan bahagian dan daerah lain di Sarawak.

“Yang pertama yang selalu menjadi pemintaan rakyat ialah jalan menghubungkan Limbang kepada  Miri dan Lawas tanpa melalui Negara Brunei Darussalam projek ini namanya Rangkaian Jalan Raya Sarawak Sabah (SSLR),” katanya, kepada media pada Program Sambutan Hari Kebangsaan 2022 SABERKAS Cawangan Bukit Kota di Kampung Gadong pada Selasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota yang juga Pengerusi SABERKAS Bukit Kota itu berkata lagi, SSLR   fasa kedua menghubung kawasan Limbang dan ke Miri sudah dilulus dalam masa ini dalam peringkat reka bentuk.

Projek ini telah diumumkan  Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Projek ini  dimulakan pada tahun hadapan dengan kos memakan belanja yang  begitu besar keseluruhannya bernilai RM 7 bilion  dan dijangka siap dalam tempoh lima tahun, lebih kurang tahun 2028,” ujarnya.

Selain itu katanya, Kerajaan Persekutuan turut meluluskan semula Projek  Pan Borneo Highway yang telah diluluskan zaman Barisan Nasional dahulu tapi dibatal oleh Pakatan Harapan dan sekarang diwujudkan semula.

“Bagi Seksyen di Daerah Limbang ia melibatkan Tedungan hingga   Pandaruan dan seksyen di Daerah  Lawas meliputi kawasan Mengkalap hingga Merapok dengan kos RM3 bilion” jelasnya.
Satu lagi projek katanya, dinamakan Lebuhraya Pesisir Utara,  di bawah Kerajaan Negeri ini yang kini dalam rekabentuk dan juga proses pengambilan tanah.

Lebuhraya ini menurutnya akan melintasi pesisir batang sungai termasuk di Kampung Gadong dan melibatkan pembinaan banyak jambatan dan dijangka bermula tahun depan.
“Saya yakin menjelang 2030 rangkaian jalan raya di Limbang akan  lengkap disusuli  juga kemudahan asas lain termasuk menara telekomunikasi  di Kampung Gadong.

“Saya  percaya pembangunan ini akan memberi impak besar kepada rakyat di Limbang,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, pelbagai pembangunan telahpun dinikmati sejak kemerdekaan dahulu dan ianya terus akan  dilaksanakan oleh kerajaan  dan momentum pembangunan lebih  melonjak di bawah kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: Jangan persoal hak Sarawak
Next: SK Ulu Segan jadi ‘model’ sekolah lain

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.