Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Akademi SJN di kelas tersendiri
  • SUKAN

Akademi SJN di kelas tersendiri

Utusan Sarawak 5 years ago
JUARA… Pemain dan pegawai Akademi Bola Sepak SJN merakam gambar sebagai kenangan ketika berlangsung majlis penyampaian hadiah. • Foto FAIZAL BUJANG

KEJAYAAN muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Axis Bawah 10 Tahun 2020 meletakkan reputasi Akademi Bola Sepak SJN ketika ini dikelas tersendiri.

Manakan tidak, akademi yang dibawah kendalian Ariff Sa’adi (ketua jurulatih) selain turut dibantu beberapa bintang berpengalaman yang berjaya mengubah kredibiliti barisan pemain muda yang ada.

“Kita komited dalam melatih pemain meskipun prosesnya bermula diperingkat akar umbi.

“Apa yang pasti, objektif kami di akademi ini untuk cuba melahirkan seberapa ramai pemain berbakat sekali gus mampu mencipta nama di pentas lebih tinggi kelak,” ujar Ariff ketika mengulas mengenai perkara itu.

Bagi Ariff, beliau sedar bukan mudah untuk melahirkan pemain berbakat sebagai menampung keperluan terhadap sukan bola sepak di negeri ini pada masa akan datang.

Akan tetapi katanya, beliau tidak melihat ada kekangan dalam usaha kearah itu kerana yakin jika apa yang dilaksana mengikut perancangan segalanya akan membuahkan hasil seperti diharapkan.

“Saya percaya ada barisan pemain muda dari akademi ini akan mewakili skuad negeri dan juga negara pada masa akan datang,” tambah Ariff lagi.

Skuad kendalian Ariff Sa’adi (ketua jurulatih) mengabadikan gelaran berprestij itu selepas menang selesa (3-0) ke atas KTT Odin pada perlawanan akhir yang berlangsung di Padang Turf KDFA, Taman Sourabaya Indah.

Sepuluh pasukan terlibat dalam kejohanan yang dianjur Axis Akademi dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Bahagian Kuching (KDFA), Lea Sports Centre, Yakult dan Yayasan K9.

Oleh Faizal Bujang

Continue Reading

Previous: Ronaldo terus dahagakan rekod
Next: Villa keluar daripada zon penyingkiran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.