Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Air kosong percuma di restoran boleh bantu kurangkan pengambilan air bergula, tangani NCD
  • KESIHATAN

Air kosong percuma di restoran boleh bantu kurangkan pengambilan air bergula, tangani NCD

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Menyediakan air kosong secara percuma di restoran dan premis makanan mungkin dilihat sebagai satu langkah kesihatan yang nampak macam biasa namun berkesan untuk mengurangkan kadar pengambilan gula dan membantu menangani penyakit tidak berjangkit (NCD).

Ketua eksekutif Pusat Galen bagi Dasar Kesihatan dan Sosial, Azrul Mohd Khalib berkata masalah kesihatan di Malaysia bukan sahaja didorong oleh pengambilan makanan yang berlebihan, tetapi juga pengambilan minuman bergula yang tinggi.

Merujuk kepada dapatan daripada Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023, beliau berkata seorang daripada lima orang dewasa di Malaysia tidak minum air kosong yang mencukupi setiap hari, manakala data pemakanan kebangsaan yang lain menunjukkan bahawa minuman manis masih menjadi sebahagian besar daripada diet rakyat Malaysia.

“Lebih separuh daripada orang dewasa Malaysia kini mempunyai berat badan berlebihan atau obes, manakala seorang daripada lima menghidap diabetes. Lebih ramai kanak-kanak juga terjejas oleh obesiti.

“Ini meningkatkan risiko menghidap penyakit metabolik seperti diabetes, penyakit hati, penyakit jantung, strok, penyakit buah pinggang dan kanser, di samping menyumbang kepada kematian pada usia muda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata keadaan ini juga memberi tekanan yang lebih besar kepada keluarga, majikan, syarikat insurans dan sistem kesihatan awam berikutan peningkatan kos penjagaan kesihatan.

Katanya, dengan kurangnya penyediaan air kosong secara percuma atau dikenakan bayaran yang tinggi di premis makanan boleh mempengaruhi pelanggan untuk memilih minuman berperisa, minuman berkarbonat, teh susu, jus dan pilihan air berkalori tinggi yang lain.

Justeru, beliau menggesa kerajaan dan pihak berkuasa tempatan terutamanya Kementerian Kesihatan untuk memperkenalkan undang-undang atau keperluan pelesenan rasmi yang mewajibkan semua restoran dan premis makanan berlesen menyediakan air kosong kepada pelanggan tanpa sebarang bayaran sebagai sebahagian daripada usaha untuk menjadikan air kosong sebagai minuman pilihan.

Beliau berkata walaupun penyediaan air kosong percuma semata-mata tidak akan menyelesaikan krisis NCD, namun ia merupakan langkah asas yang penting untuk mewujudkan persekitaran makanan yang lebih sihat.

“Negara-negara lain telahpun menunjukkan bahawa perkara ini boleh dilakukan. Sepanyol mewajibkan bar dan restoran menawarkan air paip secara percuma. Di United Kingdom, premis berlesen yang menyediakan alkohol mesti menyediakan air paip percuma atas permintaan sekiranya tersedia,” katanya.

“Pelanggan tidak perlu membayar lebih hanya untuk memilih minuman yang paling sihat. Menyediakan air kosong percuma di restoran adalah salah satu intervensi kesihatan awam paling mudah yang boleh kita laksanakan. Ia praktikal dan berpatutan. Kita boleh melakukannya hari ini. Mari kita jadikan pilihan sihat sebagai pilihan yang mudah,” katanya. – Bernama

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Kempen derma darah Gereja Tuhan kumpul lebih 20 liter darah di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.