Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Aidilfitri jadi pemangkin perpaduan warga RISDA Betong
  • Tengah
  • WILAYAH

Aidilfitri jadi pemangkin perpaduan warga RISDA Betong

Utusan Sarawak 3 weeks ago

BETONG: Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Pejabat Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Bahagian Betong telah berlangsung dalam suasana penuh harmoni dan semangat kekeluargaan, menghimpunkan kira-kira 52 warga kerja dari pelbagai unit dan stesen.

Majlis ini disempurnakan oleh Timbalan Pengarah RISDA Sarawak, Ahmad Azmirul Azhar Ahmad Zaini yang dalam ucapannya menekankan kepentingan sambutan perayaan sebagai platform untuk memperkukuh hubungan silaturahim serta kerjasama dalam kalangan kakitangan.

“Program seperti ini bukan sahaja meraikan Aidilfitri, malah menjadi simbolik kepada nilai-nilai persefahaman, toleransi, dan keharmonian yang wajar terus disemai dalam persekitaran kerja,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga RISDA Sarawak atas semangat perpaduan serta komitmen berterusan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Ahmad Azmirul juga menyuarakan harapan agar semangat kekitaan yang telah terbina dalam kalangan warga RISDA dapat terus diperkukuh, bukan hanya dalam urusan pentadbiran, malah dalam hubungan dengan komuniti setempat termasuk pekebun kecil di bawah seliaan RISDA.

Majlis turut diserikan dengan sambutan hari lahir bagi kakitangan yang lahir pada Mac dan April, sekali gus menyemarakkan suasana mesra dan ceria dalam kalangan warga kerja.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pegawai RISDA Bahagian Betong Shahrul Redzuan Shahruddin, Timbalan Pegawai RISDA Bahagian Betong Muhamad Taqiyuddin Mohammad Khori serta wakil-wakil daripada Syarikat Milikan RISDA (SMR).

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Perjanjian penubuhan ‘Kursi Derma Kekal Yang Amat Berhormat Premier Sarawak’ dimeterai
Next: Kanak-kanak terperangkap dalam kereta diselamatkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.