KUCHING: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini hari ini untuk lawatan kerja seharian esok.
Ketibaan beliau menggunakan pesawat khas kira-kira jam 4.15 petang disambut oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan.
Hadir sama Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang.
Esok, Ahmad Zahid dijadualkan menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang akan berlangsung di Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) pada sebelah pagi.
Atur cara lawatan kerja beliau kemudiannya diteruskan dengan lawatan ke Juma’ani Pavillion di Petra Kaya pada sebelah petang.
Beliau dijadual berangkat pulang ke Pangkalan Udara TUDM Subang Jaya sekitar jam 3.15 petang selepas lawatan ke Juma’ani Pavillion.