Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ahli politik kanan India dijangkiti Covid-19
  • GLOBAL

Ahli politik kanan India dijangkiti Covid-19

Utusan Sarawak 5 years ago
MENTERI Dalam Negeri India, Amit Shah.

NEW DELHI: Dua anggota tertinggi Parti Bharatiya Janata (BJP) di India diuji positif Covid-19 pada Ahad dan dimasukkan ke hospital.

Menteri Dalam Negeri Amit Shah, 55,  dan Ketua Menteri Karnataka. B. S. Yediyurappa, 77, menerusi akaun Twitter, memaklumkan keadaan mereka baik-baik sahaja. 

Shah berkata beliau menjalani ujian saringan selepas menunjukkan gejala Covid-19. 

“Kesihatan saya baik-baik saja, saya dimasukkan ke hospital atas nasihat doktor,” katanya di Twitter. 

“Saya minta anda semua yang ada kontak dengan saya beberapa hari sebelum ini, asingkan diri anda dan jalani saringan,” kata Shah.

Beliau antara tokoh terkemuka yang dilaporkan positif  Covid-19 pada Ahad.

Gabenor Tamil Nadu, Banwarilal Purohit, 80,  juga positif virus itu tetapi “tak bergejala dan stabil”, lapor media India.

Yediyurappa, ketua menteri BJP kedua yang didiagnosis Covid-19 selepas  Ketua Menteri Madhya Pradesh Shivraj Singh Chouhan baru-baru ini dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Menteri Karnataka itu merayu mereka yang mempunyai kontak dengannya supaya menjalani kuarantin kendiri.

Di utara negeri Uttar Pradesh, Menteri Pendidikan Teknikal Kamal Rani Varun, 62,  meninggal dunia di Lucknow pada Ahad ketika menjalani rawatan selepas dijangkiti virus itu. 

Presiden BJP Uttar Pradesh, Swatantra Dev Singh berkata “saya mempunyai gejala dan kini menjalani kuarantin di rumah,” tulisnya di Twitter.

Jumlah kes jangkitan Covid-19 di India sehingga kini dianggarkan sebanyak 1.8 juta, meningkat lebih 260,000 dalam masa kurang seminggu.

Bintang filem Amitabh Bachchan sudah discaj dari sebuah hospital di Mumbai, memetik Twitter anaknya Abhishek Bachchan pada Ahad.

Kedua-duanya yang dijangkiti  Covid-19 dimasukkan ke hospital itu untuk menjalani rawatan pada 11 Julai.- Bernama

Continue Reading

Previous: 36 kru kapal persiaran disahkan positif Covid-19
Next: 13,790 keluarga dipindah Ribut Tropika Sinlaku badai Thailand

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.