
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada kepada seluruh warga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sempena ulang tahun ke-57 suruhanjaya itu, hari ini.
Ucapan tersebut disampaikan oleh Seri Paduka Baginda menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
“Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada seluruh warga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersempena sambutan ulang tahun ke-57 agensi itu hari ini,” menurut catatan itu.
SPRM diwujudkan bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang ditubuhkan pada 1 Oktober 1967. – Bernama