Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada Tun Wan Junaidi
  • SEMASA

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada Tun Wan Junaidi

Utusan Sarawak 7 months ago

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahiran Rasmi kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.

Sambutan Ulang Tahun Kelahiran ke-78 Wan Junaidi merupakan sambutan pertama beliau selepas mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada 29 Januari 2024.

Wan Junaidi mengangkat sumpah jawatan bagi tempoh empat tahun, menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud yang menyandang jawatan itu selama tiga penggal bermula 1 Mac 2014.

Sarawak meraikan sambutan ulang tahun itu selama tiga hari bermula kelmarin, 10 Oktober dengan penganjuran tujuh acara utama antaranya majlis kesyukuran, majlis jamuan negeri, Istiadat Perbarisan dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: 717 projek naik taraf sekolah daif siap sepenuhnya – KPM
Next: 3,000 peserta sertai perbarisan sempena hari kelahiran ke-78 TYT

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.