Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • AFPVietnam catat satu kes import baharu
  • GLOBAL

AFPVietnam catat satu kes import baharu

Utusan Sarawak 5 years ago
SEBANYAK 325 pesakit sembuh dan sifar kematian. • Foto BERNAMA

HANOI: Vietnam pada Rabu mengesahkan satu kes import baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini seramai 335 orang, kata Jawatankuasa Pemandu untuk Pencegahan dan Kawalan Covid-19.

Kes terbaru itu membabitkan seorang lelaki berusia 24 tahun, baru balik dari Kuwait pada Selasa, dan transit di Qatar. Sejurus tiba di lapangan terbang antarabangsa Tan Son Nhat, di Ho Chi Minh beliau segera dikuarantin, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Beliau didapati positif selepas menjalani ujian saringan, lelaki itu kini dikuarantin dan dirawat di hospital. 

Setakat Rabu pagi, Vietnam masih mengekalkan tiada jangkitan tempatan untuk 62 hari berturut-turut. Daripada 335 kes yang direkodkan di negara ini, 195 membabitkan kes import dan yang dikuarantin semasa ketibaan.

Sementara itu, sebanyak 325 pesakit sembuh dan sifar kematian. 

Kira-kira 7,250 kontak rapat pesakit atau berasal dari daerah yang terjejas wabak Covid-19 kini dikuarantin- Bernama

Continue Reading

Previous: Penyelidik India temui kuil berusia 500 tahun
Next: Niat jahat curi ambulans terbatal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.