Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Pelawan agih peruntukan untuk 36 NGO, JKKK
  • Tengah
  • WILAYAH

ADUN Pelawan agih peruntukan untuk 36 NGO, JKKK

Utusan Sarawak 6 months ago

Tiang (tengah) menyampaikan cek MRP kepada Persatuan Wartawan Sibu (SJA) dan Institut Pengarang Berita Rejang (IRJ). 

SIBU: Sebanyak 36 penerima termasuk badan bukan kerajaan (NGO), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta rumah ibadat dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelawan menerima cek bagi Projek Kecil Luar Bandar (MRP) hari ini.

Peruntukan MRP ini disalurkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan, Datuk Michael Tiang Ming Tee, dengan jumlah keseluruhan RM217,000 yang diagihkan kepada penerima tersebut. 

Majlis penyerahan berlangsung di Pusat Khidmat Pelawan dan disempurnakan sendiri oleh Tiang, yang juga Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 

Menurut Tiang, pengagihan dana ini menunjukkan komitmen berterusan kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam memastikan semua lapisan masyarakat turut sama merasai manfaat pembangunan.

“Hari ini, saya telah mengagihkan dana MRP untuk NGO, JKKK, dan kumpulan agama. Ini adalah keunikan di Sarawak, di mana kita berkongsi sumber kerajaan dengan rakyat. 

“Di bawah GPS, kita akan terus berusaha keras, bukan sahaja menambah pendapatan tetapi juga melabur kekayaan untuk pulangan yang lebih baik kepada generasi akan datang,” katanya ketika ditemui pemberita. 

Beliau turut menekankan bahawa semangat perpaduan dan saling menghormati antara kaum di Sarawak terus diperkukuhkan menerusi pengagihan dana ini, yang melibatkan pelbagai masyarakat tanpa mengira latar belakang. 

“Saya akan terus berkongsi kemakmuran ini agar tiada rakyat yang ketinggalan,” katanya.

Oleh TARANI LANTING 

Continue Reading

Previous: Tiga kawasan rendah berisiko banjir di Sarikei dipantau
Next: Usaha cari lelaki hilang diteruskan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.