Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Pakan tinjau perkembangan Jalan Pakan/Ulu Kota
  • WILAYAH

ADUN Pakan tinjau perkembangan Jalan Pakan/Ulu Kota

Utusan Sarawak 2 months ago

PAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan, Tan Sri William Mawan Ikom mengadakan lawatan rasmi ke tapak projek pembangunan Jalan Pakan, Ulu Kota bersama Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Ir. Ts. Gs. Br. PMr. Dr. Cassidy Morris baru-baru ini.

Lawatan tersebut bertujuan meninjau kemajuan kerja-kerja dalam fasa 3 projek tersebut serta penggantian tujuh jambatan sementara di bawah fasa 1 kepada jambatan kekal jenis RC (Reinforced Concrete).

Projek ini merupakan sebahagian daripada usaha meningkatkan infrastruktur di Sarawak, khususnya di kawasan pedalaman.

Pembangunan projek ini juga bagi memudahkan perhubungan dan meningkatkan kualiti hidup penduduk setempat.

Dalam pada itu, William Mawan turut meluangkan masa menyantuni penduduk serta mendengar pandangan mereka mengenai pembangunan di kawasan tersebut.

Penduduk yang ditemui meluahkan rasa syukur dan berharap agar projek ini dapat disiapkan mengikut jadual bagi memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Hadir sama, Pegawai Daerah Pakan, Mohd Irwan Abdullah @ William Manggoi serta ketua-ketua masyarakat setempat. – UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Semua pili bomba diperiksa secara berjadual  
Next: Program Pengawasan Penyakit dilaksana di tiga rumah panjang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.