Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Kalaka bantu penduduk rumah panjang mohon semula bekalan elektrik  
  • WILAYAH

ADUN Kalaka bantu penduduk rumah panjang mohon semula bekalan elektrik  

Utusan Sarawak 8 months ago
MOHAMAD Duri semasa melakukan tinjauan bersama tuai rumah Spencer Biju serta Pegawai Daerah Saratok dan Kabong di Ulu Sebetan, semalam.

ROBAN: Berlainan kawasan pentadbiran Dewan Undangan Negeri (DUN) namun apa yang menimpa penduduk di Rumah Panjang Spencer, Ulu Sebetan turut memberi kesan kepada jiran berdekatan terutamanya DUN Kalaka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri, berkata walaupun rumah panjang tersebut terletak di kawasan DUN Krian, namun beliau bersedia membantu penduduk terjejas akibat kebakaran untuk memohon semula bekalan elektrik ke kediaman masing-masing.   

“Soal bencana tidak mengira sesiapa pun dan semua pihak boleh menghulurkan pertolongan,” katanya ketika meninjau keadaan terkini rumah panjang tersebut bersama Pegawai Daerah Saratok, Mohammad Dino Amid dan Pegawai Daerah Kabong, Tahir Mohd Sharee, di sini, semalam.

Jelasnya, permohonan baharu bekalan elektrik untuk penduduk terjejas itu kelak akan dilakukan bersama ADUN Krian, Friday Belik.

Tinjauan itu turut disertai Tuai Rumah Spencer Biju bagi mengenal pasti kaedah penyambungan bekalan elektrik ke rumah dapur yang bakal dibina.

Sementara itu, kesemua 105 mangsa kebakaran Rumah Spencer Biju, Ulu Sebetan kini telah ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masyarakat Roban.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bangunan Mahad Tahfiz di Lawas siap akhir tahun
Next: 10 kubur rosak dihempap pokok tumbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.