Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Abdullah Saidol wakil Premier Sarawak rasmi Karnival Kita MADANI 9 November ini
  • SEMASA

Abdullah Saidol wakil Premier Sarawak rasmi Karnival Kita MADANI 9 November ini

Utusan Sarawak 7 months ago
DATUK Abdullah Saidol bersama pegawai-pegawai kanan JAPEN bergambar sebelum taklimat program Karnival Kita MADANI Peringkat Sarawak bermula di ibu pejabat JAPEN, pagi tadi. FotoFACEBOOK JABATAN PENERANGAN SARAWAK

PETRA JAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol menyantuni Pengurusan Tertinggi Jabatan Penerangan (JAPEN) Malaysia, Sarawak di ibu pejabat JAPEN, pagi tadi.

Ketibaan Abdullah Saidol pada 11.30 pagi disambut mesra oleh Pengarah JAPEN Sarawak, Helmy Hamid.

Abdullah Saidol turut mendengar taklimat program Karnival Kita MADANI Peringkat Sarawak dan Permukiman Komuniti MADANI Sarawak 2024 yang bakal berlangsung pada 9 hingga 10 November ini di Pusat Konvensyen Penview (PCC).

Memetik kenyataan JAPEN hari ini, Abdullah Saidol pada 9 November ini akan hadir mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi majlis perasmian Karnival Kita MADANI yang dijadualkan pada 2.30 petang di PCC.

Ketika ditemui media, Abdullah Saidol berkata, karnival tersebut diadakan bertujuan merapatkan perpaduan dan persefahaman selain merapatkan jurang maklumat di kalangan rakyat mengenai inisiatif-inisiatif dan polisi Kerajaan Persekutuan.

Selain itu, menerusi karnival ini masyarakat sekitar dapat mengetahui Belanjawan 2025 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 18 Oktober lalu.

Pelbagai aktiviti menarik menanti orang ramai sempena penganjuran Karnival Kita MADANI Peringkat Sarawak antaranya termasuk Infiesta PENTARAMA, Taklimat Belanjawan 2025, Jualan Rahmah, Demonstrasi Penghasilan Kraftangan dan Pembuatan Produk berasaskan Koko.

Bukan itu sahaja, Car Boot Sale, cabutan bertuah, reruai Komuniti MADANI, kaunter perkhidmatan, jualan kraftangan dan makanan, pameran pelbagai agensi dan jabatan serta kuiz kenegaraan turut disediakan khas buat pengunjung Karnival Kita MADANI Peringkat Sarawak.

Terdahulu, Abdul Saidol dan delegasi turut dipersembahkan video korporat JAPEN Sarawak.

Turut hadir ialah wakil Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Wilma Stanley Geramong dan pegawai-pegawai kanan JAPEN.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Orang ramai dijemput ke Karnival Kita MADANI peringkat Sarawak di PCC Demak
Next: Sarawak rancang buka pejabat di Abu Dhabi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.