Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Abang Johari buat kunjungan Deepavali
  • TEMPATAN

Abang Johari buat kunjungan Deepavali

Utusan Sarawak 3 years ago

KUNJUNGAN DEEPAVALI... Shankar R.P Asnani mengkalungkan Bungai Malai (tanda penghormatan ) kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bertempat di The Kings Curry Jalan Rumbia, Kuching, hari ini. Foto HARRIEY NAHA

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semalam menghadiri dua acara sambutan Hari Deepavali di sini.

Kunjungan pertama dihoskan oleh Shankar R.P Asnani di King Curry House (‘Shankar’s Diwali Lunch’) dan Rumah Terbuka Deepavali Dr Khaira Singh.

Dalam ucapan ringkasnya, Abang Johari berkata sambutan Deepavali walaupun bilangan penganutnya tidak ramai di negeri ini, ia turut diraikan di Sarawak.

“Dengan sambutan setiap perayaan mengeratkan lagi perpaduan di Sarawak,”katanya.

Abang Johari mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada seluruh rakyat Sarawak beragama Hindu yang menyambut perayaan itu.

Terdahulu, Shankar R.P Asnani berkata, di Sarawak, dengan budaya rumah terbuka membolehkan kaum lain turut meraikannya bersama.

“Penduduk pelbagai kaum juga gemar meraikan Diwali kerana kami orang India menyajikan makanan yang sedap.

“Diwali dikenali sebagai Festival Cahaya, kemenangan kebaikan ke atas kejahatan dan pengetahuan ke atas kejahilan.

“Itulah sebabnya ia disambut bukan sahaja oleh orang Hindu tetapi oleh orang Sikh, Jain, dan lain-lain, bahkan orang Islam,”katanya.

Abang Johari turut menghadiri Rumah Terbuka Deepavali di kediaman Presiden Persatuan Kuil Sarawak, Dr. Kalwinder Singh Khaira di Lorong Sungei Maong Tengah, Taman Hua Shin, di sini semalam.

Dr Khaira Singh merakamkan ucapan terima kasih kepada Premier Sarawak atas sokongan beliau terhadap persatuan dan komuniti Sikh di Sarawak.

“Setiap kali saya meminta sebarang bantuan atau sokongan, beliau tidak pernah menolak untuk membantu kami,”katanya kepada pemberita.

Turut hadir dua Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Continue Reading

Previous: Perlu terus sokong GPS
Next: Jawatan TPM mesti ada potfolio lain

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.