Abang Jo terima kunjungan Persatuan Jatti Miriek Miri

Facebook
WhatsApp
HASIL PERSATUAN… Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menerima buku bertajuk ‘BUP IDDEH ITAI’ daripada Datuk Abdillah Abdul Rahim ketika kunjungan hormat rombongan Persatuan Jatti Miriek Miri di Wisma Bapa Malaysia, di Kuching semalam.

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Jatti Miriek Miri yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Abdillah Abdul Rahim (keempat dari kiri gambar) beserta rombongannya bertempat di Wisma Bapa Malaysia pagi, semalam.

Terdahulu, Presidennya, Datuk Abdillah menyampaikan buku yang telah dihasilkan oleh persatuan berkenaan bertajuk ‘BUP IDDEH ITAI’ yang merupakan Daftar Kata Bahasa Miriek telah berjaya disiapkan dalam masa selama tiga tahun yang lepas.

Kunjungan hormat berkenaan juga membincangkan aktiviti- aktiviti yang telah dijalankan oleh persatuan berkenaan dan beberapa perkara lain yang berkaitan.

Turut serta dalam rombongan berkenaan adalah Naib Presiden persatuan iaitu Rosiah Ali (keenam dari kanan gambar) dan ahli jawatankuasa persatuan tersebut.