Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Abang Jo terima dua kunjungan hormat
  • SEMASA

Abang Jo terima dua kunjungan hormat

Utusan Sarawak 3 years ago

KENANGAN… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merakamkan gambar bersama tetamu kunjungan hormat, OCIKumho Sdn Bhd. Turut kelihatan, Kim Teak Joung (tiga, kiri), Shin Woo Sung (dua, kiri) dan Lee Jung Bok (tiga, kanan).

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima dua kunjungan hormat daripada OCIKumho Sendirian Berhad dan Airbus Malaysia & Lembaga Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) di Pejabat Premier Sarawak, Wisma Bapa Malaysia, di sini, semalam.

Kunjungan hormat yang pertama adalah sebagai pengenalan ke atas OCIKumho Sendirian Berhad, iaitu sebuah syarikat usaha sama baharu antara OCI Malaysia dan Kumho P&B Chemical Incorporation dalam menghasilkan EpiChloroHydrin di Taman Perindustrian Samalaju, Bintulu.

Selain itu, Abang Johari turut menerima kunjungan hormat daripada AirBus Malaysia dan SEDC yang diketuai Pengerusi SEDC Tan Sri Datuk Amar Dr. Abdul Aziz Hussain untuk menerangkan program perlaksanaan terkini dan perancangan masa depan Airbus Malaysia, terutamanya tentang penggunaan bahan api mampan (SAF) bagi pengangkutan udara seperti pesawat Airbus termasuk helikopter.

“Tindakan tersebut selari dengan aspirasi Premier Sarawak yang berhasrat mengeluarkan bahan api mampan (SAF) yang dapat digunakan oleh pihak Airbus dan pastinya ini akan membina jalinan hubungan antara Kerajaan Sarawak menerusi SEDC serta pihak Airbus dan AirMax.

“Projek tersebut ketika ini masih di peringkat kajian reservatif dan sekiranya dipersetujui, ia akan bermula pada tahun depan, malah Kerajaan Sarawak telah menyediakan tapak seluas 10 000 ekar bagi tujuan itu di Bintulu,” kata Dr. Abdul Aziz.

Turut hadir, Presiden & CEO OCI Company Ltd Kim Teak Joung, Naib Presiden OCI Company Ltd Kim Yoo Sin, Presiden Kumho P&B Chemicals Inc. Shin Woo Sung, Naib Presiden Kumho P&B Chemicals Inc. Lee Jung Bok, CEO dan Presiden OCIM Sdn. Bhd. Steve Choi Sung Kil, Naib Presiden OCIM Sdn. Bhd. Lee Jeong Hoon, Pengurus OCIM Sdn. Bhd. Ngu Siew Yen, Pengurus OCIKumho Sdn. Bhd. Jeong Seong Wook, Eksekutif OCIKumho Sdn. Bhd. Nur Shaffilah Mohd Zairi Tan serta tetamu kenamaan lain.

Continue Reading

Previous: Sarawak mahu kekal 60 peratus penjanaan kuasa
Next: Itu hal Sabah, tapi Sarawak tak terkesan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.