Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Abang Jo mahu pandu sendiri ke Long Kevok
  • WILAYAH

Abang Jo mahu pandu sendiri ke Long Kevok

Utusan Sarawak 2 years ago

MESYUARAT… Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Negeri yang diadakan di Miri, semalam. Foto: Jabatan Penerangan Bahagian Miri

MIRI: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan memandu sendiri di jalan raya dari Long Lama ke Long Kevok di Baram dekat sini, selepas Aidilfitri.

Katanya, beliau mahu mencuba sebahagian jalan raya di situ yang baharu siap.

“Datuk Amar Douglas (Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas) telah menjemput saya  untuk memandu di jalan raya dari Long Lama.

“Saya akan memandu sendiri kereta ke Long Kevok semata-mata untuk menguji jalan selepas Hari Raya.

“Saya pernah ke Long Kevok tanpa sebarang jalan ketika berjumpa dengan penduduk Penan di sana,” katanya pada sidang media selepas melawat Lembaga Perlabuhan Miri (LPM) di sini, semalam.

Sementara itu, Abang Johari berkata, Kerajaan Sarawak akan terus membawa air terawat ke kawasan luar bandar di Mulu walaupun mendapat bantahan masyarakat setempat.

Beliau berkata, beliau tidak dapat memahami sebab-sebab penduduk tempatan menolak bekalan air bersih dan terawat.

“Tuai rumah dan beberapa orang lain membantah air terawat ini. Saya tidak faham. Kita beri air yang terawat  tetapi mereka membantah.

“Apa pun, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kami akan terus berunding  dengan mereka,” katanya.

Beliau berkata, ini kerana  bekalan air terawat sangat penting, begitu juga dengan bekalan elektrik.

Terdahulu, Abang Johari  menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Negeri yang diadakan di sini, semalam.

Turut hadir, tiga Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

Oleh LIONG CHAI LING

Continue Reading

Previous: Pembinaan Jambatan Sungai Krian dijangka siap 2025
Next: “Mudah-mudahan peruntukan ditambah” – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.