Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • AADK Miri, OSC Subis anjur majlis khatam al-Quran
  • Utara
  • WILAYAH

AADK Miri, OSC Subis anjur majlis khatam al-Quran

Utusan Sarawak 1 month ago
RAKAM KENANGAN… Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Miri bersama OneStop Committee (OSC) Daerah Subis rakam kenangan pada majlis Khatam al-Quran di Surau Darul Iman sempena meraikan tamatnya Program Tadarus al-Quran Ramadan dan World Quran Hour 1446H, semalam.

BEKENU: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Miri bersama OneStop Committee (OSC) Daerah Subis telah menganjurkan majlis khatam al-Quran di Surau Darul Iman sempena meraikan tamatnya Program Tadarus al-Quran Ramadan dan World Quran Hour 1446H di sini semalam.

Menurut kenyataan AADK Miri, program ini julung kali diadakan bersempena dengan World Quran Hour dengan kerjasama Jawatankuasa Surau Darul Iman dan belia Kampung Satap, Bekenu.

Program ini telah berlangsung dengan jayanya menerusi penglibatan seramai 20 peserta terdiri daripada kakitangan AADK, Skuad Antidadah dan Ahli Tadarus al-Quran Surau Darul Iman Kampung Satap.

Perasmian program telah dilaksanakan oleh wakil Pegawai Daerah Subis Muhammad Firhan Iskandar Goh (Pegawai Tadbir).

Semasa berucap, beliau menggalakkan komuniti kampung berhampiran untuk menyertai program ini pada tahun hadapan.

Katanya, program ini merupakan wadah terbaik yang memberi peluang kepada setiap masyarakat bukan sahaja untuk menggandakan amal ibadah, malah juga untuk mempromosikan amalan gaya hidup sihat dalam menangani masalah pelencongan sosial, katanya.

Sementara itu, AADK Miri turut mengucapkan penghargaan kepada pihak penganjur serta tuan rumah yang telah bertungkus-lumus memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan lancar.
Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Belia perlu dekati masjid, surau
Next: Ubah ekonomi, hidup penduduk Kampung Rambai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.