Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DOSM bakal bangunkan ‘dashboard’ penjaja, peniaga kecil seluruh negara
  • SEMASA

DOSM bakal bangunkan ‘dashboard’ penjaja, peniaga kecil seluruh negara

Utusan Sarawak 1 day ago
KETUA Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin (tengah) meluncurkan Dashboard Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Putrajaya (PENJAYA) di sebuah hotel hari ini. Foto Bernama

BANGI: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berhasrat untuk membangunkan papan pemuka atau dashboard penjaja dan peniaga kecil seluruh negara pada tahun ini, sebagai usaha memperkasakan komuniti ini secara menyeluruh melalui penyediaan data terkini serta komprehensif.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata sebagai permulaan DOSM dengan kerjasama Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Putrajaya (PENJAYA) melancarkan Dashboard PENJAYA, iaitu inisiatif strategik berasaskan data bertujuan memperkasakan kumpulan berkenaan.

Beliau berkata pembangunan dashboard itu menjadi lambang kerjasama erat agensi kerajaan dan komuniti sekali gus memperlihatkan yang data boleh dimanfaatkan untuk memperkukuh sektor mikro dan menyokong dasar yang lebih inklusif. 

“Kita melihat bahawa wujud keperluan mengukuhkan institusi penjaja dan peniaga kecil ini menggunakan kaedah yang terkini, rasa kebersamaan itu ada apabila kita ada satu dashboard yang boleh dijadikan sebagai rujukan, ada berita, perkembangan dan acara.

“Ini akan menyemarakkan kebersamaan itu, amat penting dari segi tempoh masa untuk kita bangunkan untuk seluruh negara (dashboard ini),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan ‘Dashboard PENJAYA’ di sini hari ini. 

Beliau berkata DOSM akan bekerjasama dengan GPPPKMM untuk mengenal pasti penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara supaya setiap maklumat dalam dashboard itu adalah tepat dan tidak dimanipulasi.

Melalui dashboard ini, data yang telah dikumpul dan dianalisa, dipersembahkan secara interaktif bagi membolehkan agensi awam dan swasta serta agensi pembangunan usahawan mengambil tindakan yang lebih tepat dan bersasar

“DOSM mengambil tanggungjawab untuk mendekatkan perkhidmatan statistik kepada rakyat,” katanya sambil menambah pembangunannya tidak membabitkan kos tinggi. 

Sementara itu, Zainal Abidin berkata pengenalan dashboard membolehkan semua pihak mendapatkan data terkini dengan tepat bagi tujuan penyaluran bantuan dan sebagainya. 

“Ia juga memberikan kami kelebihan untuk memohon dana dengan kerajaan kerana datanya adalah tepat,” katanya sambil menambah data persatuan lazimnya tidak dikemas kini. 

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Karnival Gawai Dayak 2025 Betong: Warisan budaya, semarak perpaduan
Next: Lokasi pameran LIMA’25 di Langkawi diperbesar – PM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.