Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Lawas tuan rumah Festival Antarabangsa Mei ini
  • SEMASA

Lawas tuan rumah Festival Antarabangsa Mei ini

Utusan Sarawak 13 hours ago
REPLIKA PERAHU…Jurucakap Jabatan Penerangan Daerah Lawas Senawi Abang repilika perahu naga yang terletak dipentas utama Tebingan Sungai Lawas.  Foto: Adeng Edrus

LAWAS: Daerah Lawas akan menjadi tuan rumah kepada sebuah acara bertaraf antarabangsa yang menggabungkan perlumbaan perahu naga, persembahan tarian rakyat, dan festival makanan dalam satu program mega bertemakan “BEYOND WAVES & DANCE RHYTHMS: Celebrating Dragon Boat Racing, Line-Folk Dance & Food Festival 2025”.

Program yang julung kali diadakan di Lawas  ini akan berlangsung selama empat hari bermula 22 hingga 25 Mei 2025 bertempat di Tebingan Sungai Lawas dengan penganjuran oleh Persatuan Kebajikan Kebudayaan dan Ekspedisi Kaum Cina Lawas.

Menurut jurucakap Jabatan Penerangan Daerah Lawas Senawi Abang, program ini turut disokong oleh Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, serta mendapat kerjasama erat daripada pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan di kawasan Lawas.

“Pelbagai acara menarik menanti pengunjung, antara acara utama yang bakal mencuri tumpuan ialah perlumbaan perahu naga yang melibatkan 28 pasukan dari Sarawak, Sabah, Brunei dan Labuan, serta persembahan tarian rakyat dan Line-Folk Dance daripada 25 kumpulan pelbagai etnik.

SIMBOL NAGA…Jurucakap Jabatan Penerangan Daerah Lawas Senawi Abang bersama salah satu kepala perahu naga yang akan turun bertarung di Batang Lawas. Foto: Adeng Edrus

Festival ini juga akan menampilkan persembahan pentas hiburan daripada artis tempatan dan luar, jualan makanan dan produk tempatan, serta pameran dan penjualan pakaian serta barangan keperluan harian oleh usahawan kecil dan penjaja tempatan, ” katanya selepas meninjau kawasan di Pentas Tebingan Sungai Lawas.

Acara yang bertemakan “Memartabat Budaya, Menggalak Pelancongan” adalah objektif utama program ini dalam menyokong memelihara warisan budaya tempatan, menggalakkan gaya hidup sihat melalui seni tari, serta memupuk semangat perpaduan dan kerjasama melalui sukan tradisional seperti perahu naga.

Festival ini juga dijangka akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi komuniti setempat, dengan memberi ruang kepada pengusaha tempatan mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka kepada pengunjung dari dalam dan luar negara.

Majlis perasmian festival ini dijangka akan disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bersama Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong.

Oleh Adeng Edrus

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Perkasa advokasi perlindungan kanak-kanak di seluruh negara
Next: Hampir 150,000 kes hilang MyKad babit golongan remaja – Hannah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.