Bazar Gawai Dayak Limbang perkasa ekonomi, semangat perpaduan masyarakat

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
PENGERUSI PIL Ali Adap menghadiri Majlis Bazar Gawai Dayak 2025 malam tadi. Foto: Adeng Idrus

LIMBANG: Bazar Gawai Dayak Limbang akan terus diperkasa sebagai simbol keharmonian pelbagai kaum dan agama sekali gus memperkasakan ekonomi komuniti setempat melalui aktiviti keusahawanan yang diadakan.


Pengerusi Persatuan Iban Limbang (PIL) Ali Adap berkata bazar berkenaan memberi peluang kepada masyarakat di Limbang untuk berniaga di samping memajukan bidang keusahawan dan meraikan kebudayaan masyarakat Dayak yang meraikan Gawai.


“Menariknya, para peniaga di Bazaar Gawai Dayak ini melibatkan penyertaan daripada pelbagai kaum di Limbang, sekali gus mencerminkan semangat perpaduan.


“Malah, melalui program ini ia dapat memperkasa ekonomi masyarakat setempat,” katanya pada Majlis Bazar Gawai Dayak 2025 malam tadi.


Turut hadir Ketua Masyarakat Iban Temenggong Willie Merum.


Seterusnya, beliau memberitahu, program seperti ini bukan hanya mencerminkan budaya masyarakat Dayak tetapi turut memperlihatkan semangat muhibah antara kaum yang menjadi kekuatan di Limbang.


Sebanyak 42 buah gerai mengambil bahagian dalam bazar ini, yang menawarkan pelbagai jenis produk dan juadah tradisional yang mendapat sambutan meriah daripada pengunjung.

Oleh Adeng Idrus

Sepanyol musnahkan impian perpisahan Messi

EAST RUTHERFORD, Amerika Syarikat: Ferran Torres muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan untuk membawa Sepanyol menewaskan juara