Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 117 pelajar cemerlang Batu Kawa terima penghargaan
  • WILAYAH

117 pelajar cemerlang Batu Kawa terima penghargaan

Utusan Sarawak 14 hours ago
SERAMAI 117 pelajar cemerlang dari kawasan Batu Kawa yang cemerlang dalam SPM dan menerima sijil penghargaan serta insentif dalam satu majlis anjuran bersama pejabat ADUN Batu Kawa di Kuching, hari ini.  Foto UKAS

KUCHING: Seramai 117 pelajar cemerlang dari kawasan Batu Kawa yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) telah menerima sijil penghargaan serta insentif dalam satu majlis anjuran bersama pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawa di Kuching, hari ini.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta ADUN Batu Kawa, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Kesemua penerima anugerah memperoleh sekurang-kurangnya 5A dalam peperiksaan masing-masing dan terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Kawa, SM Min Lit Batu Kawa serta SMK Jalan Arang.

Terdapat juga pelajar dari sekolah menengah lain yang menetap di kawasan Batu Kawa turut menerima penghargaan ini.

Dalam ucapannya, Dr Sim menyatakan bahawa penganjuran majlis itu bertujuan mengiktiraf dan menyuntik semangat kepada pelajar atas pencapaian akademik mereka yang membanggakan.

“Setiap tahun, ramai pelajar dari Batu Kawa lulus dengan keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam.

Ini menggambarkan tahap pendidikan yang tinggi serta komitmen ibu bapa dan guru dalam mendidik anak-anak kita,” ujar beliau.

Beliau turut menekankan bahawa Sarawak telah melahirkan ramai individu berjaya dalam pelbagai bidang, termasuk seorang penyelidik kanser bertaraf antarabangsa yang berasal dari negeri ini, membuktikan keupayaan besar rakyat Sarawak.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi kejayaan membangunkan Pusat Jantung Sarawak sepenuhnya dengan tenaga pakar tempatan sehingga kini menjadi antara hospital pakar tersohor di rantau ini.

Selain itu, beliau turut menyebut bahawa Hospital Umum Sarawak (HUS) kini turut diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam beberapa bidang kepakaran. Tambahnya, kerajaan Sarawak sentiasa komited dalam memperkukuh pembangunan pendidikan dengan menyediakan pelbagai insentif dan manfaat, termasuk pendidikan tinggi percuma menerusi lima universiti milik kerajaan negeri bagi melahirkan lebih ramai tenaga mahir. -UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM350,000 naik taraf Dewan Sri Jamilah SMK Sematan
Next: RM752,000 disalur kepada 85 penerima pelaksana MRP Fasa 1/2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.