Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pesta Tasik Biru 2025 meriah, ribuan hadir saksikan Konsert Rakyat
  • TEMPATAN

Pesta Tasik Biru 2025 meriah, ribuan hadir saksikan Konsert Rakyat

Utusan Sarawak 15 hours ago
TIMBALAN Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep bersama ribuan masyarakat yang hadir Konsert Rakyat malam tadi. Foto UKAS

BAU: Pesta Tasik Biru 2025 yang berlangsung sempena sambutan Ulang Tahun ke-205 Daerah Bau terus mencuri tumpuan apabila ribuan pengunjung membanjiri tapak pesta untuk menyaksikan Konsert Rakyat yang berlangsung meriah malam tadi.

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep turut hadir memeriahkan acara dan menyatakan rasa bangga atas sambutan hangat daripada masyarakat setempat serta pengunjung luar.

TIMBALAN Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep menyapa masyarakat yang menghadiri Konsert Rakyat malam tadi. Foto UKAS

“Saya berharap agar semangat ini dapat dikekalkan supaya kita dapat terus bersatu hati dalam memajukan Daerah Bau,” ujar beliau ketika ditemui selepas konsert malam tadi.

Konsert berkenaan menampilkan barisan artis tempatan dan antarabangsa termasuk Remix R2 Band, Baby Shima, Wooden Gun (Daari Gap), serta penyanyi jemputan dari Pontianak, Indonesia, Wenny Zhu.

Persembahan mereka bukan sahaja menghiburkan, malah turut menaikkan semangat pengunjung untuk terus menyokong pesta yang diadakan setiap tahun itu.

Beliau juga mengajak orang ramai untuk kembali memeriahkan malam kemuncak pesta pada Ahad ini, yang bakal menyaksikan pertandingan akhir Miss Tasik Biru 2025.

Pesta Tasik Biru 2025 dijangka terus menjadi medan penyatuan komuniti serta tarikan pelancong domestik dan antarabangsa ke Daerah Bau.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Program Kuching X-Tive Urban Nature Run, galak gaya hidup sihat
Next: Bazar Gawai Dayak Limbang perkasa ekonomi, semangat perpaduan masyarakat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.