Program Kuching X-Tive Urban Nature Run, galak gaya hidup sihat

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
PROGRAM Kuching X-Tive Urban Nature Run yang dihadiri Datuk Bandar DBKU, Dato Hilmy Othman berlangsung di Padang Merdeka hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Program Kuching X-Tive Urban Nature Run yang berlangsung di Padang Merdeka hari ini mendapat sambutan meriah, sekali gus mencerminkan peningkatan minat masyarakat terhadap amalan gaya hidup sihat.

Program anjuran bersama Rev Run dan Kuching Happy Runners dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), serta sokongan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED), bukan sahaja menonjolkan elemen kecergasan malah menyemarakkan suasana bandar raya dengan aktiviti luar yang bersifat inklusif dan santai.

Pelepasan larian sejauh 5 kilometer (km) telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (Belia dan Pembangunan Usahawan), Dato’ Gerald Rentap Jabu bersama Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, pada 6.30 pagi.

Terdahulu, peserta turut mengambil bahagian dalam sesi senamrobik dan zumba sebagai aktiviti memanaskan badan, sekali gus menyuntik semangat dan tenaga sebelum memulakan larian.

Turut hadir Datuk Bandar DBKU, Dato Hilmy Othman yang turut memberikan sokongan kepada inisiatif berorientasikan kesihatan awam itu.

-UKAS

Aku yang masih

TIDAK semua perjalanan hidup berakhir seperti yang kita impikan. Ada yang bermula dengan penuh semangat tetapi berakhir dengan perpisahan. Ada