Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tiada zon larangan terbang semasa Sidang Kemuncak ASEAN – CAAM
  • SEMASA

Tiada zon larangan terbang semasa Sidang Kemuncak ASEAN – CAAM

Utusan Sarawak 1 day ago
TIADA zon larangan terbang bagi pesawat udara diisytiharkan di lokasi berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 dan 27 Mei ini.

KUALA LUMPUR: Tiada zon larangan terbang bagi pesawat udara diisytiharkan di lokasi berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 dan 27 Mei ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata sebarang sekatan atau larangan penerbangan kekal terpakai di kawasan telah digazetkan dan diumumkan secara rasmi melalui dokumen Penerbitan Maklumat Aeronautik (AIP) dan notis kepada juruterbang (NOTAM).

“Semua pihak disarankan merujuk maklumat ini bagi memastikan pematuhan kepada peraturan semasa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Selain itu, beliau turut memaklumkan penggunaan dron di kawasan sekitar KLCC turut dibenarkan sepanjang persidangan berlangsung.

Beliau berkata pihaknya sentiasa menjalinkan kerjasama rapat dengan agensi keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi tujuan pengawasan, kawalan serta penyelarasan aktiviti penerbangan yang melibatkan unsur keselamatan dan ketenteraman awam.

“CAAM turut bekerjasama dengan agensi kerajaan lain seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) bagi sebarang aktiviti penerbangan dron di dalam negara.

“Kerjasama ini penting bukan sahaja dalam konteks kawalan ruang udara, tetapi juga memastikan setiap penerbangan yang beroperasi di Malaysia mematuhi peraturan keselamatan ditetapkan,” katanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: Projek Pembahagian sistem elektrik di Kota Kinabalu siap sepenuhnya- Fadillah
Next: Australia komited perkukuh hubungan strategik dengan Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.