Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Projek Pembahagian sistem elektrik di Kota Kinabalu siap sepenuhnya- Fadillah
  • SEMASA

Projek Pembahagian sistem elektrik di Kota Kinabalu siap sepenuhnya- Fadillah

Utusan Sarawak 1 day ago
TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

KOTA KINABALU: Projek Pembahagian mengukuhkan Sistem 33 kilovolt (kV) dan 11 kV elektrik di sini telah berjaya disiapkan sepenuhnya dengan pelaksanaan fasa terakhir melibatkan Stesen Suis Utama (SSU) Penampang yang telah beroperasi pada 3.56 petang semalam.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata projek bernilai RM22.4 juta ini merupakan projek kedua di bawah Pasukan Projek Khas Bekalan Elektrik Sabah (PPKBES) yang berjaya disiapkan pada tahun ini.

Beliau berkata projek ini bertujuan menyeimbangkan beban di stesen elektrik utama di Kota Kinabalu yang melibatkan Pencawang Masuk Utama (PMU) Penampang, PMU Kepayan dan Pencawang Pembahagi Utama (PPU) KKIA yang menanggung beban tinggi.

“Dengan siapnya projek ini, tempoh gangguan bekalan elektrik dapat dikurangkan dan proses membaik pulih bekalan elektrik di sekitar bandar Kota Kinabalu akan menjadi lebih cepat dan teratur,” katanya dalam perkongsian menerusi laman Facebooknya hari ini.

Fadillah turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek berkenaan.– Bernama

Continue Reading

Previous: Malaysia tekankan daya tahan, keterangkuman dalam perdagangan di mesyuarat MRT APEC
Next: Tiada zon larangan terbang semasa Sidang Kemuncak ASEAN – CAAM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.