Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Niaga hadapan emas dijangka didagangkan tinggi antara AS$3,200 hingga AS$3,250 minggu depan
  • BISNES

Niaga hadapan emas dijangka didagangkan tinggi antara AS$3,200 hingga AS$3,250 minggu depan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan tinggi minggu depan, dalam julat AS$3,200 hingga AS$3,250, susulan kebimbangan terhadap situasi fiskal Amerika Syarikat (AS), kata Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes.

Beliau berkata paras hutang AS yang meningkat dan potensi kebuntuan politik global mungkin mendorong minat baharu terhadap emas.

“Jika ketidaktentuan pasaran meningkat, emas boleh bergerak lebih tinggi minggu depan. Selain itu, psikologi pelabur secara beransur-ansur beralih kembali kepada perdagangan ‘jual fiat, beli logam’, terutama apabila keyakinan terhadap mata wang tradisional semakin lemah,” katanya kepada Bernama.

Innes berkata harga emas sedikit turun minggu ini berikutan ketegangan geopolitik yang reda, dengan penangguhan tarif antara AS dan China serta usaha diplomasi baharu di Timur Tengah.

 “Dalam konteks itu, penurunan harga minggu ini dianggap sebagai peluang belian, dan bukan isyarat untuk tidak memasuki pasaran,” katanya.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, Mei 2025 susut kepada AS$3,218.10 setiap auns troy daripada AS$3,335.10 manakala Jun 2025 berkurangan kepada AS$3,232.0 setiap auns troy daripada AS$3,348.10.

Julai 2025, Ogos 2025 dan Oktober 2025 masing-masing susut kepada AS$3,245.70 setiap auns troy daripada AS$3,348.10.

Jumlah dagangan menokok kepada 1,150 lot daripada 455 lot yang direkodkan minggu lepas, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 49 kontrak daripada 42 kontrak.

Menurut penetapan petang oleh Persatuan Pasaran Jongkong London pada 15 Mei, emas fizikal berharga AS$3,191.05 setiap auns troy. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dijangka diniagakan tidak menentu minggu depan
Next: Niaga hadapan MSM dijangka meningkat minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.