Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sepak Takraw Piala Asia: Regu Malaysia, Thailand jumpa di final malam ini
  • SUKAN

Sepak Takraw Piala Asia: Regu Malaysia, Thailand jumpa di final malam ini

Utusan Sarawak 13 hours ago
AKSI tekong Malaysia Mohammad Syahir Mohd Rosdi melakukan servis ke arah pasukan Vietnam semasa perlawanan separuh akhir acara regu pada Kejohanan ASTAF Sepaktakraw Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa, hari ini. FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR: Malaysia mengesahkan kemaraan ke pentas akhir acara regu selepas menewaskan Vietnam 2-0 pada aksi separuh akhir Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa hari ini.

Kemenangan itu membolehkan skuad bimbingan Ahmad Mohd Zain menempah pertemuan bertemu regu seteru utama, Thailand malam ini selepas berjaya menundukkan India 2-0 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Terdahulu, Mohammad Syahir Rosdi (tekong), Farhan Adam (pengumpan) dan Mohamad Azlan Alias (perejam) membuktikan Vietnam nyata bukan tandingan apabila tidak berdepan masalah meraih mata pertama buat negara 15-8.

Di set kedua, trio Vietnam mengajak kejar-mengejar mata, namun ketenangan dan pengalaman Malaysia yang memasukkan Muhammad Haziq Hairul Nizam menggantikan Mohammad Syahir terus menjadi pemisah buat negara menutup kemenangan 15-10.

“Ikutkan kami bermain dalam tekanan menentang Vietnam sebentar tadi, namun ia berjaya diatasi untuk menempah pertemuan final berdepan Thailand. Mereka sudah pasti mahu balas dendam atas kekalahan pada Piala Dunia tahun lepas.

“Siapa pun pilihan pertama (tekong) untuk diturunkan pada malam ini oleh jurulatih, saya tetap bersedia,” kata Mohammad Syahir kepada pemberita.– Bernama

Continue Reading

Previous: IATF 2025: Muhammad Irfan sedia tampilkan lemparan terbaik
Next: Masa depan Harimau Malaya cerah di bawah bimbingan Cklamovski – Cheng Hoe

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.