Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Penyukatan tanah NCR perlukan sokongan padu pemilik tanah
  • SEMASA

Penyukatan tanah NCR perlukan sokongan padu pemilik tanah

Utusan Sarawak 14 hours ago
DATUK Amar Awang Tengah Ali Hasan menyampaikan surat hak milik tanah kepada salah seorang penerima semasa majlis Penyerahan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 KTN bagi Bahagian Bintulu di sebuah hotel di Bintulu, hari ini.

BINTULU: Kerjasama daripada pemilik tanah amat diperlukan bagi melancarkan proses penyukatan tanah secara individu di bawah inisiatif Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kehadiran pemilik semasa kerja lapangan amat penting bagi mengenal pasti sempadan dengan tepat, sekali gus mempercepat pengeluaran surat hak milik.

“Kita boleh jalankan kerja penyukatan dengan lebih cepat sekiranya pemohon hadir di lapangan bersama ketua kampung, tuai rumah atau penghulu untuk menunjukkan sempadan yang telah dipersetujui,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Penyerahan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri (KTN) di bawah Inisiatif Baharu Peringkat Kedua NCR bagi Kawasan Bintulu di sebuah hotel, hari ini.

Menurutnya lagi, kelewatan sering berlaku apabila pemilik gagal hadir walaupun notis telah dikeluarkan.

“Ada kes apabila kita keluarkan notis, orang yang memohon tidak hadir. Apabila tarikh diubah, mereka masih tidak hadir. 

“Kemudian mereka marah kepada kerajaan. Sepatutnya mereka marah pada diri sendiri,” tegas beliau.

Awang Tengah berkata, inisiatif seumpama itu menunjukkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam mengiktiraf dan melindungi hak pemilikan tanah rakyat khususnya NCR.

“Ini adalah peluang terbaik kerana semua kos penyukatan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. 

“Rakyat harus mengambil peluang ini untuk mendapatkan hak milik yang sah,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pencegahan awal kebakaran penting didik komuniti
Next: Abang Johari umum aspirasi Bau ke peringkat UNESCO dalam dua tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.