Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Rundingan FTA Malaysia-Korea Selatan di peringkat akhir Oktober ini
  • SEMASA

Rundingan FTA Malaysia-Korea Selatan di peringkat akhir Oktober ini

Utusan Sarawak 13 hours ago

KUALA LUMPUR: Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan Korea Selatan kini memasuki fasa akhir dengan sasaran untuk dimuktamadkan ketika berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN pada Oktober depan di Kuala Lumpur.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata rundingan tersebut berjalan lancar dan wakil kedua-dua negara kini berada di Malaysia bagi menyelesaikan isu-isu terakhir.

“Pasukan perunding kita bersama dengan pasukan Korea Selatan ada di Malaysia sekarang, dan insyaAllah ini adalah peringkat pusingan terakhir, sebelum kita berjumpa lagi pada Jun nanti (peringkat menteri),” katanya kepada Bernama.

“Semuanya berjalan lancar dan kita masih lagi on track untuk memuktamadkan perjanjian ini.. kerana prosesnya panjang dan Korea Selatan mereka perlu pergi kepada National Assembly mereka,” katanya.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata dengan keadaan geopolitik dan geoekonomi dunia sekarang, perjanjian tersebut adalah penting memandangkan Korea Selatan merupakan antara rakan dagang dan pelabur utama Malaysia.–Bernama

Continue Reading

Previous: Kemalangan Trak FRU: Sultan Selangor zahir rasa sedih, titih kerajaan perlu beri perhatian serius
Next: Negara ASEAN digesa iktiraf ACO, wakili koperasi serantau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.