Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • TYT, isteri zahir takziah kepada keluarga mangsa kemalangan FRU
  • SEMASA

TYT, isteri zahir takziah kepada keluarga mangsa kemalangan FRU

Utusan Sarawak 17 hours ago
YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Si Wan Junaidi Tuanku Jaafar, isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

KUCHING: Merujuk kepada tragedi sembilan anggota FRU yang meninggal dunia selepas trak yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori dalam kejadian 8.50 pagi tadi di Jalan Chikus-Sungai Lampam, di Perak, saya dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menzahirkan ucapan takziah dan dukacita kepada semua keluarga mereka.

AI-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita selama-lamanya. Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan syuhada.

Dengan kesempatan ini, saya dan Toh Puan menzahirkan salam takziah dan simpati kepada semua ahli keluarga mangsa.

Semoga mereka dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dengan dugaan yang mereka hadapi dan juga semoga dipermudahkan segala urusan.

Kepada yang cedera, saya dan Toh Puan mendoakan mereka diberi kesembuhan segera dan kembali berkhidmat untuk negara.

Dalam masa yang sama, saya dan Toh Puan juga ingin merakamkan penghargaan kepada pasukan penyelamat dan pihak berkuasa atas tindakan dan usaha pantas mereka dalam mengendalikan situasi ini.

Adalah penting untuk pasukan petugas negara sentiasa menekankan kepentingan aspek keselamatan untuk semua pada masa hadapan.

Sama penting juga bagi pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengambil langkah-langkah penambahbaikan untuk mengelakan tragedi malang yang sama berulang lagi. -JAPEN

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Isu Petronas-Petros: Tiga perkara utama dipersetujui – Abang Johari
Next: Sarawak perkukuh komitmen tenaga bersih dengan pelancaran Halatuju Ekonomi Hidrogen 2035

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.